July 16, 2012

Perihal Pancing

Salam.

Aku rasa antara benda yang paling pemancing2 tak suka terhadap ikan yg ingin dipancing/ ditangkap mereka adalah jika ikan ini juga ingin ditangkap oleh pemancing- pemancing yang lain.

Tapi yang lagi membuatkan dia berasa benci bila ikan yang ingin ditangkap mereka itu seperti bermain- main dengan umpan- umpan pemancing- pemancing lain. Makan umpan tu mungkinlah, dan harap- haraplah tidak, tetapi seperti suka bermain- main dengan umpan- umpan yang diberikan.

Jadi kalau kita antara yang memancing, mestilah tension. Sedih dan marah pun ada. Kalau taknak makan umpan yang diberikan, janganlah dekat. Sebab ada sesetengah pemancing ini (bukan aku la), kalau ikan itu asyik main je kat umpan dia tapi tak makan- makan, itu yang diaorang ambil galah jaring dan tangkap ikan itu terus. Bila dah sampai jadi macam tu, tu yang ikan jadi menggeliat-geliat nak lepaskan diri. Sebab mana ada ikan yang suka kan ??

Ya lah, nak main dengan umpan- umpan yang ada tu pun berpada- pada la. Ni asyik main kat umpan-umpan je sampai syok pemancing- pemancing itu. Sampai menimbulkan harapan- harapan kepada pemancing yang ada. Kesian pemancing- pemancing yang ada kalau mereka tak dapat. Ya lah, diaorang memancing dengan harapan mendapat ikan, bukan mengharap dapat selipar yang tenggelam di dasar sungai.

Dan biasanya, ikan- ikan yang mahal ni susah nak dapat. Dan biasanya orang letak harapan yang rendah untuk tangkap ikan- ikan macam ni. Sebab aku rasa takda ikan yang nak orang mengharap tinggi untuk tangkap dia plak, tak begitu ?

Kepada ikan- ikan yang ada di lautan, sungai, dan tak terkecuali di parit; bermainlah dan bermesralah dengan ikan- ikan yang lain. Jangan anda dekatkan diri anda dengan umpan- umpan yang dipasang. Berwaspada ok ? Nak- nak kepada pemancing yang bila kita tengok; dia memang kaki memancing. Macam dah takda kerja dia nak buat. Semua ikan dia nak pancing. Entah apa- apa punya orang.

No comments:

Post a Comment