April 11, 2013

Sekuntum Mawar Merah

Salam.

Mengikut apa yang aku belajar masa tingkatan 1 - 3 dalam subjek Kemahiran Hidup, bunga ni sebenarnya boleh hidup dan mengembang dengan sendirinya sebab adanya faktor- faktor luaran seperti hujan dan sebagainya; walaupun kadang- kala tu kita dah berhentikan siramkan air dan taburkan baja untuknya.

Jadi macam mana kita nak membantutkan sesuatu bunga itu daripada ia terus mengembang ??

Senang saja. Mula- mula, kita cuba racun dia. Curah je la asid ke, alkali ke, atau apa- apalah yang menyakitkan tumbuhan itu.

Kalau macam tak jalan, kita boleh  tanamkan lagi satu bunga yang di sebelahnya. Bunga yang lebih cantik, besar; bunga yang boleh kalahkan bunga tadi daripada mendapat sinaran matahari, air, dan lain- lain. Biar pada muka bunga tu. :)

Bukan apa. Bukan nak menganiaya mana- mana kuntuman bunga. Tetapi ada sesetengah bunga ni bila dia mengembang; mata dan hati sentiasa melekat kepada bunga itu. Lagi teruk kalau bunga itu tak layu- layu, dah bertahun- tahun dah ; tetapi sentiasa nampak cantik, lebih daripada bunga- bunga lain. Sampai buta, taknak tgok bunga- bunga yang lain. Itu boleh menyebabkan penyakit buta hati tu.

Nak gunting rasa tak mampu, tapi kalau dibiar kesian plak bunga- bunga yang lain.

Kalau susah sangat, aku tanya je la mana- mana garderners nanti. :)

P/s : Aku harap orang yang dekat dan faham aku tak fikir aku ni kumbang liar yang sentiasa cari bunga yang cantik je. Aku hanya melakukan apa yang patut. :)

March 13, 2013

Tema : Suatu Ketika

Salam.

Penulisan #1
Suatu ketika dulu, aku ada semuanya ; seorang Ibu, keluarga yang lengkap, cinta, kejayaan, kebahagiaan & kegembiraan yang mutlak.
Namun kini satu persatu ia pergi meninggalkan aku.
Mungkin balasan kepada aku, yang tak bersyukur atas nikmatNya.
Mungkin juga ujian untuk aku, yang selama ini mempunyai hidup yang hampir sempurna.
Tidak kisahlah mana- mana pun, terima kasih Ya Allah.
Kerana menguatkan aku, dan tidak membuatkan aku berpaling dariMu.
Dan aku yakin akhirnya Engkau adalah Yang Maha Adil, lagi Yang Maha Arif.

Penulisan #2
Masih ku ingat lagi, pada suatu ketika.
Pernah aku menulis, dan membiarkan dikau membacanya.
Yang aku ingin sekali melihat dikau berbaju kurung tidak bercorak dan berkain songket.
Dikau penuhi permintaan mataku ni di Hari Lebaran itu.
Sungguh cantik.
Sungguh ayu.
Sungguh mulus.
Dikau bagai mawar mengembang, busanamu merah menawan.
Bibirku tersenyum, jantungku berdegup, hatiku melompat.
Melihat gambar suatu gadis tersenyum, suatu gadis yang ingin sekali aku .........

Zine Paracetamol

Salam.

Semenjak bebudak Mansoura ni buat buku hasil kumpulan karya penulisan setiap budak yang rajin dan ingin menulis apa- apa sahaja mengikut tema yang diberi setiap minggu, aku rasa semangat untuk aku menulis kembali mencanak naik. Aku rasa ini satu inisiatif yang sangat bagus.

Jadi aku rasa blog yang lama ni akan menjadi tempat aku letakkan karya- karya yang telah dan ingin aku hantar. Bagus juga aku tak delete blog ni. Hehe. :)

July 16, 2012

Perihal Pancing

Salam.

Aku rasa antara benda yang paling pemancing2 tak suka terhadap ikan yg ingin dipancing/ ditangkap mereka adalah jika ikan ini juga ingin ditangkap oleh pemancing- pemancing yang lain.

Tapi yang lagi membuatkan dia berasa benci bila ikan yang ingin ditangkap mereka itu seperti bermain- main dengan umpan- umpan pemancing- pemancing lain. Makan umpan tu mungkinlah, dan harap- haraplah tidak, tetapi seperti suka bermain- main dengan umpan- umpan yang diberikan.

Jadi kalau kita antara yang memancing, mestilah tension. Sedih dan marah pun ada. Kalau taknak makan umpan yang diberikan, janganlah dekat. Sebab ada sesetengah pemancing ini (bukan aku la), kalau ikan itu asyik main je kat umpan dia tapi tak makan- makan, itu yang diaorang ambil galah jaring dan tangkap ikan itu terus. Bila dah sampai jadi macam tu, tu yang ikan jadi menggeliat-geliat nak lepaskan diri. Sebab mana ada ikan yang suka kan ??

Ya lah, nak main dengan umpan- umpan yang ada tu pun berpada- pada la. Ni asyik main kat umpan-umpan je sampai syok pemancing- pemancing itu. Sampai menimbulkan harapan- harapan kepada pemancing yang ada. Kesian pemancing- pemancing yang ada kalau mereka tak dapat. Ya lah, diaorang memancing dengan harapan mendapat ikan, bukan mengharap dapat selipar yang tenggelam di dasar sungai.

Dan biasanya, ikan- ikan yang mahal ni susah nak dapat. Dan biasanya orang letak harapan yang rendah untuk tangkap ikan- ikan macam ni. Sebab aku rasa takda ikan yang nak orang mengharap tinggi untuk tangkap dia plak, tak begitu ?

Kepada ikan- ikan yang ada di lautan, sungai, dan tak terkecuali di parit; bermainlah dan bermesralah dengan ikan- ikan yang lain. Jangan anda dekatkan diri anda dengan umpan- umpan yang dipasang. Berwaspada ok ? Nak- nak kepada pemancing yang bila kita tengok; dia memang kaki memancing. Macam dah takda kerja dia nak buat. Semua ikan dia nak pancing. Entah apa- apa punya orang.

August 07, 2011

Aku Adalah Arian.

Salam.

http://anak-akob.blogspot.com/

Ini adalah URL blog baru aku. Sebenarnya takde la baru mana pun. Huhu. Kalau tak keberatan, have a look.

Thanks.

July 03, 2011

Salam.

Should I start back ?? Or should I let it be done and dusted ??

Huhu..

April 01, 2011

The End

Salam.

Post kali ni adalah post terakhir. Selepas ni, apa2 perkara besar dan bermakna, pandangan dan pendapat aku tentang apa- apa saja akan aku coret dan catatkan di satu medium yg lain, satu wadah yg hanya ALLAH dan aku saja yang tahu saja segala isi kandungannya. Kerana, aku rasa penulisan aku ni telah bawa berkali ganda banyak keburukan daripada kebaikan. Terlalu banyak dosa dan kesalahan yang aku lakukan semasa aku tulis blog ini.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog aku ini. Seperti yang pernah aku katakan dulu, aku langsung tidak kisah apa yang orang nak katakan tentang blog aku ni. Apa yang tulis semuanya, terus daripada hati dan minda aku. Cuma, kadang- kala, aku akan tapis-tapiskan sedikit, seboleh- bolehnya untuk aku menjaga setiap pihak yang ada. Tetapi, aku tahu aku tidak berjaya nak jaga hati setiap orang yang ada.

Keduanya, maaf jika penulisan- penulisan dalam blog aku ni mengguris hati dan perasaan sesiapa. Maafkan jika kata-kata aku terlanjur, celupar, terlalu keras dan terlalu tajam. Minta maaf.

Terakhir, setiap apa yang ceritakan, setiap apa yang aku fikirkan, semuanya ikhlas, jujur dan benar. Aku bukan menulis untuk mencari populariti, tidak sama sekali. Aku hanya menulis untuk aku ringankan beban aku, dan aku letakkan beban aku itu di tempat yang lain kerana aku lemah. Aku langsung tak larat nak memikul beban itu di hati dan otak aku ini. Itu saja tujuan aku menulis blog.

Itu saja. Terima kasih dan minta maaf aku ucapkan.

Selamat tinggal wahai pembaca- pembacaku !!